Suka curi burung jiran, pemuda ditahan polis - Utusan Malaysia

Suka curi burung jiran, pemuda ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SLEMAN: Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan polis gara-gara mencuri burung cucak hijau milik jirannya yang berharga 5 juta rupiah (RM1,400).

Warga kampung Caturtunggal, Depok, Yogyakarta selama ini mengenali tabiat pemuda itu kerana mencuri.

Pihak Polis menjelaskan suspek mencuri dengan cara mengambil burung yang berada di dalam sangkar menggunakan tangan kanan.

“Pelaku mengambil burung tanpa izin pemiliknya. Atas kejahatan tersebut, mangsa mengalami kerugian seekor burung berharga 5 juta rupiah,” katanya lapor Tribunnews. 

Sementara itu, suspek mengaku mencuri kerana khayal akibat mengambil ubat yang disarankan doktor.

Ujarnya, dia tidak berniat untuk menjual burung milik jirannya, sebaliknya hanya untuk dibuat main.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN