Suhakam, polis diarah siasat kes kematian dalam tahanan

Suhakam, polis diarah siasat kes kematian dalam tahanan

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan siasatan dan kajian terperinci berhubung isu kematian dalam tahanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebahagian kes dilaporkan tersebut adalah benar dan sebahagian lagi merupakan persepsi.

Justeru, beliau berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain terbuka untuk melaksanakan siasatan dan kajian itu.

“Sebab itu kita perlukan prosedur serta perlindungan teratur dan ini memerlukan kajian oleh Suhakam untuk berbincang dengan pihak polis,” katanya berucap merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak Hari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ke-25 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kajian dan siasatan diperlukan bagi memperbetulkan keadaan dengan memastikan kaedah yang lebih telus untuk mengelakkan salah guna kuasa.

“Yang menyiasat itu polis, yang menjatuhkan hukum hakim. Jadi sebelum dijatuhkan hukum, mereka itu jangan dihukum terlebih dahulu.

“Oleh itu, kita perlu menyokong segala usaha diperlukan untuk melindungi suspek yang dituduh dalam tahanan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN