Suara tiba-tiba hilang waktu bertanding, anggaplah sebab tembikai - Utusan Malaysia

Suara tiba-tiba hilang waktu bertanding, anggaplah sebab tembikai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Zamani, mendedahkan peristiwa misteri yang menimpanya semasa menyertai pertandingan nyanyian Gegar Vaganza pada 2018. 

Bercerita lanjut mengenai itu, Zamani atau Zamani Ibrahim, 54, terkejut apabila suaranya tiba-tiba hilang sebelum tampil menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta di minggu ke lima pertandingan itu. 

“Petang itu semasa sesi ‘soundcheck’ semuanya okay sahaja, kemudian suara saya hilang. Sebelum itu saya ada makan tembikai, jadi kita bersangka baik sahajalah mungkin semua itu terjadi sebab tembikai.

“Tapi sebenarnya hanya Allah yang tahu, kalau saya nak cerita pun susah,” katanya. 

Zamani berkata demikian ketika diminta berkongsi mengenai pengalamannya berdepan kejadian mistik di Dol’s Podcast. 

Bukan itu sahaja, Zaman turut menyuarakan hasratnya untuk menarik diri daripada program tersebut, namun dihalang oleh pengarah muzik, Datuk Ramli Sarip.

“Bila suara sudah tidak keluar takkan kita mahu paksa. Tetapi Ramli MS suruh saya nyanyi juga, katanya biarkan orang tengok bahawa saya betul-betul sakit.

“Jadi mahu atau tidak, saya nyanyi juga dengan wajah tidak rela kerana malu,” katanya.

Terdahulu pada 2018, Zamani mencuri perhatian apabila ramai yang terkejut melihat keadaan penyanyi itu yang gagal menghabiskan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta di atas pentas. 

Persembahan itu bagaimanapun telah memberi tuah kepada penyanyi asal, Flybaits, apabila lagu itu kembali menjadi perhatian dan menduduki carta ke-15 carta keseluruhan di iTunes. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya