Status asnaf bukan halangan berjaya dalam SPM

Status asnaf bukan halangan berjaya

IRFAN DANISH Abdul Khalid menerima sijil penghargaan Ikon SPM 2023 sempena Majlis Anugerah Tunas Inspirasi MAIM 2024 di MITC, Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dilahirkan dalam keluarga yang menempuh kehidupan serba kekurangan dan bergelar asnaf bukan penghalang buat Ikon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, Irfan Danish Abdul Khalid, 18, menggapai keputusan 9A, lantas diberikan peluang melanjutkan pelajaran dalam Program Asasi Sains Hayat di Universiti Malaya (UM).

Katanya, sokongan dan bantuan diberikan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebelum ini banyak membantunya dan adik beradik meneruskan sesi persekolahan.

Jelasnya, kesukaran hidup tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk berhenti belajar kerana banyak agensi kerajaan antaranya MAIM, sedia menawarkan bantuan seperti makanan dan perbelanjaan bulanan.

“Janganlah mengambil jalan mudah dengan berhenti sekolah disebabkan kurang mampu atau miskin, cubalah dapatkan bantuan supaya pembelajaran dapat diteruskan.

“Boleh dikatakan saya antara yang bertuah kerana kami sekeluarga banyak menerima bantuan MAIM, ia termasuk bantuan makanan dan perbelanjaan bulanan. Tidak cukup dengan itu, MAIM turut anjurkan program seperti kem motivasi bagi membantu anak-anak asnaf melakukan persediaan bagi menduduki peperiksaan,” katanya ketika ditemui Utusan Pelajar.

Irfan Danish merupakan salah seorang daripada 142 pelajar cemerlang daripada keluarga asnaf yang diraikan dalam Majlis Anugerah Tunas Inspirasi MAIM 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN