SPRM tak campur tangan siasatan GISB - Utusan Malaysia

SPRM tak campur tangan siasatan GISB

AZAM Baki ketika sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini. - UTUSAN/FAIZ ALIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mencampuri siasatan yang dilakukan terhadap syarikat GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia berikutan pihaknya tidak melihat sebarang elemen rasuah dalam siasatan kes tersebut yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Tidak. Yang ini kita serahkan kepada pihak polis kerana saya tidak nampak isu rasuah disini.

“Jadi pihak polis akan meneruskan siasatan tanpa campur tangan daripada pihak SPRM,” katanya menerusi sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.

Pada 11 September lalu, polis menyerbu 20 rumah amal masing-masing 18 buah di Selangor dan dua di Negeri Sembilan kerana disyaki terlibat dengan pengabaian serta penganiayaan, amang seksual dan juga perbuatan cabul terhadap kanak-kanak berusia antara satu tahun hingga 17 tahun.

Antara modus operandi yang disyaki dijalankan di premis tersebut adalah mangsa diajar dan dididik cara-cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat pula oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN