SPRM siasat Projek 1BESTARINET

SPRM siasat Projek 1BESTARINET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pelajaran Malaysia bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn. Bhd (YTL) pada 2011.

Menurut sumber, SPRM telah melakukan penggeledahan ke atas pejabat kerajaan dan pejabat YTL Communications Sdn. Bhd di Kuala Lumpur, hari ini.

“Hasil penggeledahan tersebut, sejumlah dokumen telah disita.

“SPRM sedang mengkaji bagi mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Siasatan menjurus kepada mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu melibatkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion,” katanya di sini, hari ini.

Sumber berkata, fokus siasatan SPRM turut menjurus kepada elemen jenayah lain yang tertakluk di bawah Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat di bawah seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau turut menyeru semua pihak agar memberi ruang dan masa kepada SPRM bagi melaksanakan siasatan tanpa sebarang gangguan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN