SEREMBAN: Ancaman ikan asing khususnya ikan Pleco atau dikenali sebagai ikan bandar raya turut dihadapi negeri ini apabila Jabatan Perikanan mengesahkan sungai-sungai di sekitar kawasan Mambau, di sini terjejas dengan kehadiran spesies itu. Ketua Cawangan Sumber Perikanan Tangkapan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Doreen Wee Siew Leen berkata, Sungai Kampung Kayu Ara, Mambau khususnya terjejas dengan masalah tersebut dan dibuktikan menerusi pemantauan dilakukan bersama Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya (KPIB), kelmarin. Katanya, persampelan yang dibuat menggunakan jala di sungai itu baru-baru ini mendapati, sebanyak 41 ekor ikan bandar raya selain spesies…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya