Sorok anak sebab takut dengki? - Utusan Malaysia

Sorok anak sebab takut dengki?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK semua boleh memahami mengapa pengacara, penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein memilih untuk menyembunyikan wajah anak-anaknya, Sephia dan Haider.. Ada yang beranggapan, nama pun artis, kenapa kena sorok.

Namun bagi artis versatil itu, dia ada sebab sendiri untuk bertindak sedemikian. Malah, anak-anaknya juga lebih selesa menjalani kehidupan ciliknya tanpa dibebani dengan sorotan perhatian dan glamor.

Tambahan pula, dengan hujan rezeki yang diterimanya kini, ada yang menganggap itu adalah salah satu cara Elly atau Kak Lina menjauhkan diri dari perasaan dengki serta iri segelintir pihak.

Benarkan ramai yang dengki? Adakah langkah privasi itu menjauhkan dia dan keluarga daripada dengki orang lain? Adakah dia juga tidak mahu tempias populariti mengekori anak-anaknya? Kak Lina, Jawablah!

J: Sehingga sekarang Kak Lina memang menyorokkan wajah anak-anak. Orang cakap itu cara Kak Lina nak ‘tolak’ ain orang? Lebih suka privasi gitu.

K: Saya pilih untuk sembunyikan selagi mampu. Adakala saya letak emoji, adakala ambil gambar belakang saha. Sorok tetapi takdelah sampai saya suruh mereka pakai topeng sebagainya.

Kalau peminat tegur dan jumpa dia luar, saya okay sahaja. Tetapi bagusnya mereka, tak pernah ada yang cuba-cuba ambil gambar dan tularkan. Mereka hormat pendirian saya untuk cara lebih privasi.

Tindakan saya untuk kebaikan mereka juga. Tetapi terpulanglah kepada ibu bapa masing-masing. Itu pilhan saya dan setakat ini, saya rasa lebih banyak kelebihan berbanding keburukan.

J: Sephia pernah bertanya mengapa Kak Lina sembunyikan wajah dia dan adik? Sementelah dia sudah berusia lapan tahun kan, jadi pastinya dia tahu tentang kewujudan sosial media dan sebagainya.

K: Dia sangat emmahami menagapa saya pilih cara begitu. Malah dia lebih selesa sebenarnya menjalani kehidupan kanak-kanak tanpa perhatian dia anak selebriti. Berkawan pun senang.

Suami saya pun senang begitu. Saya mula-mula kenal dia memang dia tidak ada sosial media. Sebab itu saya terus jatuh cinta. Selain dari manis wajah dan peribadi yang baik. Gitu!

J: Tapi ada juga kan yang suka ‘kacau-kacau’ suami Kak Lina di media sosial?

K: Itulah yang kelakarnya. Peminat Kak Lina sama aneh dengan saya. Mereka selalu tanya mana suami saya, nak tengoklah apa lah. Tetapi tidak ada soalan atau permintaan yang melampau lah. 

J: Tahun ini, boleh dikatakan tahun Kak Lina. Dialah pelakon, dialah penyanyi dan pengacara. Semua Kak Lina ‘tapau’.

K: Alhamdulillah, rezeki saya, anak-anak. Setiap orang ada masa dan ketikanya, Mungkin sekarang masa saya, tetapi satu hari nanti momen ini semua akan hilang juga. Saya buat sebaik mungkin.

Peluang diberikan, saya laksana bersungguh-sungguh. Orang akan nampak usaha dan kerja kita. 

J: Apa kriteria utama yang dilihat sebelum Kak Lina terima sesebuah tawaran?

K: Saya buat apa yang saya suka. Macam bila kedai emas, Merchant9 tawarkan saya jadi duta, saya suka emas. Saya suka menyimpan, beli emas. Itu antara saya menabung untuk masa depan.

Kalau saya tak suka, saya pilih untuk tidak terlibat. Hati pun senang, tak kusut. Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana. Tuhan sudah susun elok-elok untuk kita semua.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya