SMK Gunung Rapat juara elit karnival bola sepak JMC - Utusan Malaysia

SMK Gunung Rapat juara elit karnival bola sepak JMC

PASUKAN SMK Gunung Rapat muncul juara Kategori Elit Junior Mereka Cup 2024 di UiTM Seri Iskandar di Perak Tengah baru-baru ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pasukan Highlander FC iaitu Sekolah Sukan Negeri (SSN) Perak, SMK Gunung Rapat muncul juara kategori elite Karnival Bolasepak Bawah16 Tahun ‘Junior Merdeka Cup (JMC) 2024’ di Padang UiTM, Seri Iskandar di Perak tengah baru-baru ini.

Pusat Latihan Daerah (PLD) Ipoh, Harimau Biru A muncul naib juara kejohanan tersebut.

Kejohanan anjuran Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) itu disertai 24 buah pasukan terdiri daripada kelab, sekolah dan daerah dari seluruh Negeri Perak.

Karnival edisi kedua kali ini turut memperkenalkan beberapa kategori baru iaitu JMC Pro dan JMC Challenge.

Kategori JMC Pro dijuarai pasukan Gallant FC (Teluk Intan) manakala pasukan ABSAK A (Kampar-PLD) naib juara. Pasukan Kinta Tigers (Ipoh-PLD) muncul juara Kategori JMC Challenge manakala pasukan Hilir FC (Teluk Intan) muncul naib juara kategori tersebut.

Penganjuran karnival itu sebagai sokongan PAFA dalam meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 dan Hari Malaysia pada 16hb September.

Kejohanan itu juga menyediakan pertandingan bolasepak peringkat remaja yang berkualiti sambil mengekalkan teras pembangunan sebagai asas pertandingan.

JMC2024 menjadi titik permulaan kepada PAFA dalam merangka lebih banyak program dan aktiviti bolasepak di peringkat negeri Perak.

Presiden PAFA, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, JMC2024 menjadi titik permulaan kepada banyak lagi program dan aktiviti bolasepak yang akan dianjurkan PAFA pada masa hadapan.

Katanya, PAFA dalam usaha untuk memperkasakan semula sukan bola sepak di negeri Perak mengikut skop tugas dan tanggungjawab sosial yang diletakkan di bawah PAFA.

“Sambutan menggalakkan yang diterima serta kualiti permainan yang dipamerkan menunjukkan bahawa negeri Perak sentiasa mempunyai ‘ubi-ubi muda’ yang berpotensi. Kita berharap melalui penganjuran pertandingan sebegini dapat memberi lebih banyak ruang pendedahan kepada mereka”, katanya.

Turut hadir Timbalan Presiden PAFA, Datuk Sham Mat Sahat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN