SK Cyberjaya dapat 12 kabin bilik darjah selesai isu sekolah padat

SK Cyberjaya dapat 12 kabin bilik darjah selesai isu sekolah padat

SEJUMLAH 12 buah bilik darjah kabin pasang siap diserahkan kepada SK Cyberjaya. - GAMBAR KPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA:  Sejumlah 12 buah bilik darjah kabin pasang siap diserahkan kepada SK Cyberjaya di sini dalam usaha penyelesaian jangka pendek kepada isu sekolah padat di sekolah berkenaan.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Nik Nasarudin Mohd. Zawawi,  projek bernilai lebih RM2 juta ini adalah termasuk kerja ubah suai berkaitan, pendawaian elektrik, perabot, peralatan dan tandas sekolah itu.

“(projek ini) dapat memberi keselesaan kepada murid dan guru yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan penyerahan simbolik Projek Siap Kelas Kabin/Modular IBS SK Cyberjaya oleh pihak kontraktor kepada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang.

Bagi penyelesaian jangka panjang pula, KPM memaklumkan, sekolah baharu, iaitu SK Cyberjaya 2 kini sedang berada dalam fasa untuk memulakan pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2027.

Katanya, sekolah baharu yang dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan pelbagai kemudahan lain ini dapat membantu menangani isu sekolah padat di Cyberjaya dan di kawasan sekitar.

“KPM proaktif mengatasi isu sekolah padat di seluruh negara. Pelbagai pendekatan diambil termasuk menerusi pembinaan bilik darjah kabin, pelaksanaan kelas terapung dan penyuraian murid ke sekolah berhampiran.

“Pada tahun ini, kerajaan meluluskan pembinaan 26 buah sekolah baharu di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN