Siti Saleha satu-satunya pelakon Malaysia berentap di Anugerah Drama Antarabangsa Korea 2024. - Utusan Malaysia

Siti Saleha satu-satunya pelakon Malaysia berentap di Anugerah Drama Antarabangsa Korea 2024.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Saleha, mencipta pencapaian tersendiri apabila menjadi satu-satunya pelakon Malaysia yang berentap dalam Anugerah Drama Antarabangsa Korea 2024.

Pelakon berusia 34 tahun itu menerusi anugerah berkenaan, tercalon bagi kategori Outstanding Asian Star hasil lakonannya menerusi drama Tonton Original, SeOfis.

Difahamkan, Siti Saleha setakat ini telah mengutip undian tertinggi sekali gus mendahului di kedudukan teratas bagi kategori itu buat masa ini.

“Saya bersyukur kerana diberi peluang membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Terima kasih atas sokongan peminat yang menonton drama ini. Tanpa mereka, saya tidak sampai ke tahap ini.

“Doakan agar urusan saya di Seoul, Korea Selatan dipermudahkan,” katanya kepeada Utusan Malaysia.

Anugerah berprestij itu yang dijadualkan berlangsung bermula esok, bakal diadakan di Yeouido KBS Hall, Banpo Hangang Park.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya