Siti Saleha julang trofi Bintang Asia Terbaik - Utusan Malaysia

Siti Saleha julang trofi Bintang Asia Terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon, Siti Saleha mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai Bintang Asia Terbaik sempena penganjuran Anugerah Drama Antarabangsa Korea 2024, di sini semalam.

Aktres berusia 34 tahun itu, diangkat hasil keberkesanan lakonannya menerusi drama Seofis.

Pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd. Baharum itu meluahkan rasa syukur selain berterima kasih kepada peminatnya yang selama ini setia memberi sokongan terhadap kerjaya lakonannya.

“Kemenangan ini untuk peminat. Walaupun sudah agak lama saya berlakon, masih ada peminat yang setia memberikan sokongan.

“Dan saya terharu kerana mereka sanggup undi saya, sekali gus menjadikan saya pemenang bagi kategori ini. Tanpa sokongan mereka tak mungkin saya kekal relevan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Siti Saleha juga berterima kasih kepada pengarah dan penerbit yang selama ini memberikan kepercayaan kepadanya untuk menghidupkan naskhah-naskhah drama dan filem yang hebat.

“Saya bersyukur, usaha dan kerja keras selama ini, terbalas. Sokongan peminat mengingatkan semula kenapa saya menjadi pelakon, dan mengejar impian dalam bidang ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Anugerah Drama Antarabangsa Korea 2024 yang diadakan di Yeouido KBS Hall, Banpo Hangang Park turut menyaksikan penguasaan pelakon terkenal, Ahn Jae Hong dan Yeom Hye Ran yang masing-masing mengungguli kategori Pelakon Lelaki dan Wanti Terbaik.

Kerja pengarahan sutradara hebat, Park In Je dalam drama Moving turut diiktiraf menerusi kemenangannya untuk kategori Pengarah Terbaik sementara drama Gadis Kretek diangkat sebagai Drama Bersiri Terbaik.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya