Sistem KITARecycle di Projek Perumahan Rakyat Johor

Sistem KITARecycle di Projek Perumahan Rakyat Johor

NGA Kor Ming (kiri) merasmikan Pusat Kitar Semula yang menggunakan sistem KITARecycle di Projek Perumahan Rakyat Kempas Permai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sistem kitar semula secara digital yang menawarkan ganjaran kepada peserta, iaitu KITARecycle menerusi pembinaan Pusat Kitar Semula mula dilaksanakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Nor­lisam Mohd. Nordin berkata, PPR Kempas Permai dipilih sebagai PPR pertama memiliki pusat kitar semula yang mengguna pakai sistem berkenaan, me­rangkumi pengumpulan data pelaporan, tawaran mata ganjaran dan pe­nebusan mata ganjaran wang tunai secara dalam talian.

“Sistem KITARecycle diper­kenal kepada komuniti PPR Kempas Permai dan PPR Desa Mutiara sejak 2022 menerusi penganjuran siri Kaunter Bergerak Kitar Semula, namun pusat kitar semula itu telah ditubuhkan di PPR Kempas Permai,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pusat Kitar Semula PPR Kempas Permai sempena Program Sentuhan Hati KPKT yang disempurnakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, baru-baru ini.

Mohd. Norlisam, PPR Kempas Permai adalah kediaman tidak bertanah kedua di Johor selepas Sunway GRID Residence yang memiliki pusat kitar semula menggunakan sistem KITARecycle.

Beliau berkata, SWM Environment menarik penglibatan hampir 41,000 pengguna KITARecycle dalam kalangan individu dan organisasi di negeri ini.

“Sebanyak 1,801 tan barangan kitar semula diselamatkan daripada berakhir di tapak pelupusan, sekali gus mengurangkan seba­nyak 5,150,860 kilogram pelepasan karbon dioksida,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN