Sistem hidraulik punca pesawat MAS patah balik  ke Incheon  Sistem hidraulik punca pesawat MAS patah balik  ke Incheon 

Sistem hidraulik punca pesawat MAS patah balik  ke Incheon 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan pesawatnya MH66 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan berpatah balik susulan masalah dihadapi pada sistem hidrauliknya, semalam.

Tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga susulan masalah teknikal dihadapi pesawat tersebut.

MAS dalam kenyataan memaklumkan, penerbangan ke Incheon dijadualkan semula berlepas menggunakan pesawat MH66D pada pukul 8 malam ini.

“Pesawat itu selamat mendarat di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 1.30 pagi tadi.

“Semua penumpang ditempatkan di sebuah hotel manakala penerbangan dijadualkan semula untuk beroperasi sebagai MH66D yang berlepas pukul 8 malam ini, 2 September,” katanya.

Menurut kenyataan itu, penerbangan pulang MH67D turut dijadualkan semula untuk berlepas pada pukul 5.10 pagi esok waktu Incheon.

“Keselamatan dan kesejahteraan penumpang dan anak kapal menjadi keutamaan pihak MAS,” katanya.

Terdahulu, sebuah pesawat MAS MH66 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan menggunakan armada Airbus 330-300 dilaporkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi.

Berdasarkan maklumat dipaparkan menerusi aplikasi Flightradar24, pesawat itu dilaporkan berlepas dari KLIA pada pukul 12.01 malam sebelum berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Sebelum ini, penerbangan Malaysia Airlines MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Alice Springs akibat masalah enjin di udara.

Tiga penerbangan Malaysia Airlines sebelum ini juga membuat pendaratan kecemasan.

Pada 4 Ogos, sebuah penerbangan Malaysia Airlines yang membawa 259 jemaah umrah menuju ke Jeddah berpatah balik ke KLIA disebabkan masalah teknikal sejurus selepas berlepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya