Sisi lain pelakon bertudung, siap tayang diri berbikini lagi - Utusan Malaysia

Sisi lain pelakon bertudung, siap tayang diri berbikini lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBELUM ini, Cik Bunga pernah mendengar satu gosip berkenaan dengan seorang pelakon dan penyanyi wanita ini. Kononnya, semasa dia bercinta dengan seorang bekas kekasihnya sebelum ini, dia pernah dipukul teruk oleh lelaki berkenaan. 

Cik Bunga tidak pasti sejauh mana teruknya artis ini dipukul. Tetapi, dengar-dengarnya, teruk jugalah dan boleh klasifikasikan dia sebagai mangsa keganasan dalam perhubungan. Ingatkan sekadar khabar angin sahaja. Rupa-rupanya, memang hal itu betul.

 Namun, apa yang mengejutkan Cik Bunga adalah apa yang menjadi punca pelakon wanita itu dipukul oleh bekas kekasihnya. Rupa-rupanya, dia ini masih belum meninggalkan perangai lamanya, kaki kelab malam dan kaki mabuk meskipun bertudung litup dan gemar berjubah.

 Itu penampilan rasminyanya ketika ke acara-acara tertentu dan di mata umum. Namun, siapa sangka, satu sisi lain, dia juga mempunyai akaun kedua di media sosial. Akaun tersebut pula hanya untuk orang terdekat.

 Kalau tengok dalam akaun Instagram yang itu, dahsyat gambar-gambar dan videonya. Tidak bertudung itu satu hal, seksi maut pun iya! Siap berbikini tahu. Jadi, bekas kekasihnya itu marah dan beranglah bila tengok kekasih sendiri tidak mahu berubah.

Maka disebabkan itulah sepanjang mereka menjalin hubungan cinta, kekasihnya itu menjadi orang yang sangat dominan dan gemar menentukan segala benda tentang diri pelakon itu. 

Sebagai contoh, baju dan pakaian apa yang harus dipakainya pada setiap hari pun, kekasihnya itu yang tentukan. Tugasnya hanya kena sarung sahaja baju tersebut. Yang pasti, tidak boleh seksi kalau berada di luar. 

Tetapi, kalau sudah sebati sifat degil dalam diri, mana mahunya dia mendengar kata manakala yang lelaki pula ada sifat panas baran, maka itulah yang berlaku kekerasan dalam hubungan tersebut. 

Dipendekkan cerita, hubungan pun tidak panjang, putus di tengah jalan. Maka, lebih rancaklah si pelakon wanita ini ‘beraksi’ di belakang tabir. Soalan Cik Bunga cuma satu, sampai bila mahu ‘wayang’ imej Muslimah, baik-baik ini? 

Sedikit demi sedikit orang tahu diri awak yang sebenar. Tinggal lagi tak ‘bocor’ gambar-gambar seksi dan liar awak itu sahaja. Tapi tidak mustahil ia akan terjadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya