Sindiket pemerdagangan manusia dikaitkan ahli politik masih disiasat - Razarudin - Utusan Malaysia

Sindiket pemerdagangan manusia dikaitkan ahli politik masih disiasat – Razarudin

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih menjalankan siasatan lanjut dengan mengambil keterangan beberapa lagi individu berkaitan kes membabitkan  seorang ahli politik didakwa terlibat dengan  sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihak polis mengambil keterangan tiga individu termasuk ahli politik dan suaminya.

“Kita juga sedang mengesan seorang lagi individu bergelar Datuk Seri untuk dirakam percakapan selain turut memanggil tiga penulis artikel dalam kes itu. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Pada 28 Ogos lalu, media  melaporkan seorang ahli politik yang juga bekas timbalan menteri dipercayai menjadi dalang kepada kumpulan sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa beroperasi di Myanmar.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata, wanita itu bersama suaminya turut memegang jawatan penting selaku pengerusi keselamatan sebuah syarikat.

Difahamkan, mereka mula dikesan terbabit pada awal 2020 dan wanita itu pernah menjadi Ahli Parlimen di negeri utara tanah air selain pernah dilantik sebagai timbalan menteri.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN