Sindiket minta wang tebusan RM80,000, RM30,000

Sindiket minta wang tebusan RM80,000, RM30,000

HISHAMUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia mendakwa mereka menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar manakala seorang lagi tidak dapat dihubungi selepas mendakwa pergi temu duga di Thailand. 

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO), Datuk Hishammudin Hashim berkata, ahli keluarga kepada  mangsa seorang wanita dan seorang lelaki mendakwa mereka diminta untuk membayar wang tebusan sebanyak RM80,000 dan RM30,000.

“Kedua-dua mangsa sudah menghubungi keluarga masing-masing, seorang mendakwa minta  wang tebusan sebanyak RM80,000 manakala seorang lagi meminta kira-kira RM30,000,” kata beliau pada sidang akhbar di Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Menurut beliau,  sindiket pemerdagangan manusia yang beroperasi di Myanmar digambarkan  kejam dan tidak berperikemanusian kerana mereka akan mendera mangsa-mangsa yang sudah tertipu.

Sementara itu, abang kepada seorang mangsa yang enggan dikenali  berkata, seorang ahli sindiket menghubunginya dan meminta  mereka  membayar wang tebusan bagi membebaskan adiknya. 

“Wang tebusan yang diminta sebanyak RM80,000, kalau saya tidak bayar, adik saya perlu bekerja di Myanmar sebagai scammer,” katanya. 

Dalam pada itu, ayah kepada mangsa kedua  berkata, ahli sindiket yang meminta wang tebusan itu dipercayai warganegara China. 

Katanya, ahli sindiket itu mendakwa dia mempunyai pistol dan memaksa dia  untuk membayar wang tebusan.

“Kalau saya tidak bayar wang tebusan, anak saya akan dihantar ke sindiket lain,” katanya. 

Sementara itu,  ahli keluarga kepada seorang mangsa yang gagal dikesan  berkata, anak lelakinya yang sebelum bekerja sebagai pegawai di sebuah syarikat swasta di negara ini  hilang selepas pergi ke Chiang Mai, Thailand. 

“Anak saya memberitahu kepada teman wanitanya yang dia ingin menghadiri temu duga kerja di Chiag Mai”

“Selepas tiga jam di Chiang Mai, dia gagal dihubungi dan sehingga sekarang tidak tahu apa nasibnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya