Sindiket 'counter setting': Dalang utama ditahan

Sindiket ‘counter setting’: Dalang utama ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan suspek utama yang dipercayai bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi ‘Counter Setting’.

Menurut sumber, sebelum ini suspek ditahan SPRM Negeri Sembilan pada Rabu lalu dan direman pada Khamis sehingga 23 September ini selepas permohonan dibuat di Mahkamah Sivil Seremban.

“Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ini dipercayai bersekongkol dengan ejen-ejen sindiket membawa masuk warga asing yang tiba menerusi KLIA1 dan KLIA2.

“Suspek dibawa ke Pejabat SPRM Selangor bagi membantu siasatan kes yang turut disiasat oleh SPRM Selangor,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek berkenaan dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau memberitahu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, esok untuk tujuan permohonan reman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya