Simpan petrol tanpa lesen, dua didenda RM6,000 dan RM10,000 

Simpan petrol tanpa lesen, dua didenda RM6,000 dan RM10,000 

TIGA lelaki yang didakwa atas kesalahan memiliki barang kawalan tanpa lesen yang sah di Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Dua lelaki tempatan didenda RM6,000 dan  RM10,000 kerana  memiliki petrol tanpa lesen manakala seorang lelaki warga asing dihukum penjara empat bulan kerana tiada pengenalan diri.

Ketiga-tiga tertuduh yang berusia  36 hingga 45 tahun dijatuhkan hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh pertama, Razif Maek, 39, dikenakan denda RM10,000 dan jika gagal bayar boleh dipenjara enam bulan; tertuduh kedua, Herman Hassan,36, dikenakan denda RM6,000 dan jika gagal bayar boleh dipenjara  empat bulan.

Bagi  tertuduh ketiga, Kalding Jabi yang tiada  dokumen pengenalan diri dijatuhkan hukuman penjara empat bulan.

Kesemua tertuduh didakwa memiliki barang kawalan minyak petrol sebanyak 225 liter di dalam sembilan unit jerikin secara runcit atau borong tanpa lesen.

Tangkapan kes dilakukan pada 3 September, kira-kira pukul 7.30 malam di Kampung Sinallang, Semporna.

Di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, bagi kesalahan pertama.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya