Siasatan GISBH ke arah SOSMA

Siasatan GISBH ke arah SOSMA

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis meneruskan siasatan terhadap Global Ikhwan and Services Berhad Holdings (GISBH) secara berfasa mengikut peruntukan undang-undang sedia ada termasuk kemungkinan menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dijalankan secara teliti dan berhati-hati berdasarkan segala peruntukan perundangan yang sedang diguna pakai bagi memastikan tindakan ke atas GISBH dijalankan dengan telus dan menyeluruh.

“Ada dua tiga perkara perlu dijelaskan berkaitan kes ini dan bagi pihak PDRM, kita akan menyiasat bawah undang-undang yang ada di dalam Malaysia untuk kesalahan seperti Akta Kanak-kanak, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak, Akta Antipemerdagangan Orang dan akta-akta lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol)  di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya