CAMERON HIGHLANDS: Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) menggesa siasatan dilakukan terhadap punca kejadian tanah runtuh, di sini, kelmarin. Presidennya, A. Dilip Martin berkata, pihak berkaitan perlu menyiasat kelulusan pembangunan Pasar Tani Kekal (PTK) di Sungai Burung, Brinchang yang terletak berhampiran kejadian tanah runtuh. Katanya, ini kerana berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands (RTDCH) 2030, lokasi pembangunan itu diklasifikasikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1. Menurut beliau, tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali untuk aktiviti pelancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan serta pendidikan di kawasan itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya