Siak masjid rotan kanak-kanak ketika solat Jumaat

Siak masjid rotan kanak-kanak ketika solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengesan satu kes tular dalam media sosial menceritakan mengenai kejadian seorang kanak-kanak berumur 11 tahun dirotan siak ketika solat Jumaat di sebuah masjid di Gombak yang tular pada 5 September lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pengadu warga tempatan berusia 39 tahun telah membuat laporan polis anaknya dirotan siak masjid pada 30 Ogos lalu.

“Bagaimanapun, dia telah menarik balik laporan polis kerana telah menyelesaikan perkara tersebut secara baik.

“Kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya dalam ssatu kenyataan.

Terdahulu, satu hantaran dibuat dipercayai ibunya di Facebook menunjukkan gambar anaknya dirotan oleh seorang bilal sebuah masjid sekitar Gombak.

“Rupanya sebelum siak itu masuk saf, dia memang akan rotan secara rawak mana-mana budak sebagai amaran supaya budak lain tak bising.

“Tak sangka pula mangsa libas hari itu ialah anak saya. Dapat pengalaman tak best (seronok) pula,” katanya.

Menurutnya, kes tersebut telah selesai selepas siak tersebut datang meminta maaf pada ahli keluarga kanak-kanak berkenaan. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN