Syamsul Yusof, Ira Kazar sah cerai talak satu - Utusan Malaysia

Syamsul Yusof, Ira Kazar sah cerai talak satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Konflik rumahtangga pengarah filem, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar terlerai apabila mereka disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, sebentar tadi.

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Mohd. Faizal Habib kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujud pelanggaran taklik oleh Ira Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29.

Peguam syarie mewakili Syamsul, 40, Azmi Mohd. Rais sebelum ini mengesahkan Syamsul sudah memfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu atas sebab mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina lebih setahun.

Pasangan itu berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN