Shahab Perdana berwajah baharu selepas 25 tahun - Utusan Malaysia

Shahab Perdana berwajah baharu selepas 25 tahun

ILUSTRASI pereka grafik Terminal Bas Shahab Perdana yang akan dinaik taraf di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Terminal Bas Shahab Perdana di sini akan dinaik taraf dengan kos kira-kira RM12 juta yang melibatkan usahasama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan sebuah syarikat swasta.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, projek dinamakan Shahab Park itu akan bermula pada Oktober ini dan dijangka siap hujung tahun depan.

“Projek ini melibatkan usaha menaiktaraf infrastruktur dan prasarana terminal ini yang sudah berusia 25 tahun sejak diwartakan sebagai tempat perhentian bagi kenderaan perkhidmatan awam.

“Pada 2023 sudah bermula usaha ini dengan panggilan pelawaan beberapa syarikat untuk naik taraf kerana dengan kos tinggi kalau MBAS tampung agak terbeban.

“Jadi kita buat tawaran syarikat luar untuk usahasama. Kita tak runtuh tapi naik taraf kawasan sekeliling supaya orang ramai datang dan mudah,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Menaiktaraf dan Mengurus Terminal Shahab Perdana di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mansor, kerja-kerja menaik taraf terminal tersebut juga tidak akan menjejaskan operasi kenderaan di kawasan tersebut.

“Operasi di terminal bas ini akan berjalan seperti biasa. Itu jaminan yang diberikan oleh MBAS dan syarikat itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya