Serangan letupan pager paling tidak berperikemanusiaan

Serangan letupan pager paling tidak berperikemanusiaan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Serangan ‘licik’ rejim Zionis menggunakan alat kelui atau pager untuk membuat letupan hingga meragut nyawa manusia yang tidak bersalah merupakan tindakan paling tidak berperikemanusiaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan melalui Kementerian Luar (KLN) mengutuk serangan biadab yang dilakukan oleh Israel.

Tegas beliau, kerajaan telah pun menyatakan bantahan keras terhadap serangan yang mengorbankan orang awam itu.

“Kenyataan telah dikeluarkan oleh KLN mengutuk serangan biadab daripada Israel menggunakan pager yang bermakna seluruh rakyat (Lebanon) yang memakainya terkesan.

“Paling tidak berperikemanusiaan. Ia (mangsa) bukan pasukan tentera dan sebagainya, (tetapi) wanita, anak-anak. Jadi, kita telah bantah keras,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darussalam di sini, hari ini.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan beratus-ratus alat kelui yang digunakan oleh anggota Hizbullah di seluruh Lubnan meletup semalam, membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang dan mencederakan kira-kira 2,800.

Sumber kanan keselamatan Lubnan dan sumber lain dilaporkan mendakwa agensi perisikan Israel, Mossad memasukkan sejumlah kecil bahan letupan di dalam 5,000 alat kelui buatan Taiwan yang dipesan oleh kumpulan Hizbullah Lubnan beberapa bulan sebelum kejadian letupan pada Selasa.

Sehubungan itu, Hizbullah dipercayai akan melakukan serangan balas terhadap Israel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN