Senyuman Fazura, kesugulan Fattah Amin - Utusan Malaysia

Senyuman Fazura, kesugulan Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kenapa Fazura nampak gembira, tapi Fattah nampak sedih?”

Demikian respons daripada warganet terhadap aktres terkenal, Nur Fazura yang dilihat tenang sepanjang menghadiri Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari untuk proses perceraiannya bersama Fattah Amin, hari ini.

Sementara itu, wajah sugul Fattah turut menjadi perhatian seolah-olah dirinya sedang kusut dengan ujian yang menimpa rumah tangganya bersama, Fazura.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari menetapkan tarikh sebutan semula kes permohonan cerai Fazura terhadap Fattah pada 7 Oktober depan.

Dalam proses perceraian tersebut, Fattah turut menegaskan dia enggan melepaskan Fazura sebaliknya yakin dirinya masih boleh mempertahankan rumah tangga mereka.

Manakala, Fazura yang dilihat tenang pada hari ini enggan memberikan sebarang ulasan sebaliknya memilih untuk mengunci mulut dan mohon doa yang baik-baik.

Pada 13 September lalu, Fazura telah memfailkan cerai terhadap Fattah di mahkamah yang sama tanpa memaklumkan sebarang butiran terperinci mengenai punca mahu berpisah.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN