Senjata api: Mahkamah tetap perbicaraan kes warga Israel bermula Januari 2025

Senjata api: Mahkamah tetap perbicaraan kes warga Israel bermula Januari 2025

Warga israel yang menghadapi pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 200 butir peluru, Avitan Shalom ketika tiba bagi sebutan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini hari ini.-UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan tarikh pembicaraan baharu bermula pada tahun hadapan bagi sebutan semula kes perbicaraan warga Israel Avitan Shalom berkaitan senjata api dan peluru, tujuh bulan lalu.

Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan tarikh bicara akan berlangsung selama 12 hari pada Januari tahun hadapan iaitu 6 hingga 9; 13 hingga 16 dan 20 hingga 23 Januari 2025.

Sebelum ini, tarikh-tarikh perbicaraan yang ditetapkan ialah 30 September, 1 hingga 3 Oktober yang kemudian bersambung pada 7 hingga 11 Oktober, namun kesemua tarikh itu dilapangkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P.Kunyalam memaklumkan kepada mahkamah bahawa seramai 30 orang saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

“Pihak pendakwaan memohon supaya kes hari ini dijadikan sebagai sebutan kes untuk pihak-pihak menjadual semula tarikh-tarikh perbicaraan,” kata Mustaffa.
Pada prosiding hari ini, tertuduh diwakili peguam bela Sreekant Pillai dan Jeffrey Ooi.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Avitan didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd mengandungi 150 butir peluru dan 42 butir peluru di dalam tiga senjata berlainan tanpa lesen atau permit senjata mengikut Seksyen 8(a)Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Avitan didakwa berdagang enam senjata api iaitu Glock 19 USA 9×19 (Nombor Siri AEGS286); Sig Sauer P3205P (Nombor Siri 58C283463); Cougar 8000FT (Nombor Siri T6429-10G002496); Glock 17 Gen4 Austria 9×19 (Nombor Siri: BDZZ090); M&P 9C Smith & Wesson Springfield MA USA (Nombor Siri: DSW9077) dan Stoeger Cougar 8000F (Nombor Siri T6429-08-A029304).

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, di sini antara pukul 6.46 petang pada 26 Mac dan 6 petang, 28 Mac lepas.

Pada prosiding terdahulu, Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berkaitan kes itu tidak diedahkan kepada umum selain rakaman itu hanya boleh diberikan pada saksi pakar pembelaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN