Senator lapor polis, nafi paksa pengawal peribadi makan khinzir

Senator lapor polis, nafi paksa pengawal peribadi makan khinzir

HAMZAH (tengah) dalam sidang media di IPD Seberang Perai Selatan di Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Polis Pulau Pinang mengesahkan telah menerima satu laporan yang dibuat oleh seorang senator dari negeri ini berhubung dakwaan dia telah memaksa pengawal peribadinya memakan daging khinzir.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 38 tahun itu kira-kira pukul 8.31 malam semalam.

Terdahulu, beliau berkata, senator itu mendakwa menerima panggilan daripada seorang wartawan yang bertanya mengenai dakwaan pengawal peribadinya membuat laporan polis ekoran dipaksa memakan daging khinzir.

“Dia menafikannya (memaksa pengawal peribadi makan daging khinzir) dan kemudiannya bertindak membuat laporan laporan polis. Pengawal peribadinya turut membuat laporan polis bagi menafikan perkara yang sama.

“Hasil semakan polis bagaimanapun mendapati, tiada sebarang laporan yang dibuat berkenaan isu tersebut di mana-mana balai polis seluruh negara,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, di Jawi di sini hari ini.

Hamzah berkata, polis akan memohon Order to Investigate (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan siasatan lanjut.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN