'Semua salah DAP' pembohongan terbesar - Kor Ming - Utusan Malaysia

‘Semua salah DAP’ pembohongan terbesar – Kor Ming

NGA Kor Ming berucap pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Perak ke-20 di Ipoh Convention Centre (ICC) di Ipoh hari ini. - UTUSAN/UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming meminta parti lawan tidak terus menyalahkan parti itu malah menyifatkan ungkapan ‘semua salah DAP’ adalah pembohongan terbesar dalam politik negara.

Menurutnya, DAP juga bukan parti untuk orang Cina tetapi parti untuk seluruh rakyat pelbagai kaum dan ini dapat dilihat menerusi barisan kepimpinan DAP Perak yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“DAP adalah parti berbilang kaum, lihat sendiri (DAP Perak), Naib Pengerusinya  Melayu (Dr. Abdul Aziz Bari), V. Sivakumar, Timbalan Pengerusi dari kaum India. Ini bukan parti Cina. DAP untuk seluruh rakyat Malaysia , parti berbilang kaum.

“Oleh kerana itu saya sarankan parti lawan di sana henti salahkan DAP. ‘Semua salah DAP’ adalah pembohongan terbesar dalam tamadun Malaysia,

“Pas lawan UMNO salah DAP, Pas lawan Keadilan salah DAP, esok tak hujan pun salah DAP, berkahwin tak beranak pun salah DAP. Cukuplah, cukup cukuplah. Kita dihina. Bukan semua salah DAP, apa dosa kita.

“Pelbagai fitnah dan tohmahan kononnya kita anti Melayu, Islam, raja Melayu cukuplah. Nak tipu, bohong sampai bila. Kita parti yang disayangi semua kaum. Kita mahu yang terbaik untuk rakyat,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Perak ke-20 di Ipoh Convention Centre (ICC) di sini hari ini.

Konvensyen dirasmikan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Sementara itu, Kor Ming mengumumkan DAP Perak memperuntukkan RM400,000 untuk kebajikan ahli veteran dan anak-anak parti itu yang melanjutkan pengajian di universiti awam.

Kor Ming berkata, peruntukan itu merangkumi RM200,000 untuk Tabung Kebajikan DAP Perak yang bertujuan membela kebajikan ahli veteran parti itu.

“Mereka banyak berjasa kepada parti dan banyak berjuang dan tidak pernah akan sesekali dilupakan.

“Sementara itu, RM200,000 lagi untuk penubuhan Tabung Bantuan Siswa Anak DAP Perak iaitu bantuan kewangan sebanyak RM1,000 bagi anak-anak ahli parti yang berjaya melanjutkan pengajian di universiti awam,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya