Semak kurikulum elak ketepi nilai sejarah – Ahmad Zahid

Semak kurikulum elak ketepi nilai sejarah – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) diiringi tetamu kenamaan menyempurnakan gimik perasmian Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024 di Shah Alam, Selangor, semalam. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) digesa menyemak semula kurikulum pendidikan serta pengajian bagi memastikan tiada tindakan mengetepikan nilai dan fakta sejarah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, generasi muda perlu difahamkan dengan fakta sejarah yang betul bagi membolehkan golongan itu menghayati pemahamannya.

“Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi harus melihat semula jika kurikulum sejarah sudah dikesampingkan, mereka yang ‘mengkesampingkan’ sejarah ertinya melupakan akar umbi kepada negara ini, apatah lagi akar umbi kepada bangsanya.

“Kita bukan mahu mewujudkan nasionalisme sempit dalam kalangan kita melalui etnik apa sekali pun, namun paksinya adalah ‘kemalaysiaan’ yang harus menebal jiwanya dalam kalangan kita supaya diha­damkan dan difahami,” katanya ketika berucap merasmian Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024, semalam.

Ahmad Zahid berkata, selain penyelidikan oleh sejarawan, fakta-fakta sejarah perlu diaplikasikan dalam hidup setiap rakyat supaya dapat berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan serta mengelak daripada mengulangi kesilapan lampau.

Katanya, rakyat juga perlu memiliki kesedaran terhadap sejarah yang bukan sekadar me­ngetahui perjuangan kemerdekaan negara, namun memastikan masa kemerdekaan terus diisi dari semasa ke semasa.

“Jika rakyat khususnya ge­nerasi muda tidak kenal tanah airnya sendiri, tidak kenal sejarah negaranya sendiri mana mungkin wujud perasaan hormat, cinta dan taat setia kepada negara. Pastinya keadaan ini bertambah parah apabila wujud krisis identiti dalam kalangan generasi muda sehingga mereka tidak memahami siapa diri mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN