Selangor, Kedah meterai MOU kongsi kepakaran pengurusan utiliti - Utusan Malaysia

Selangor, Kedah meterai MOU kongsi kepakaran pengurusan utiliti

MOU Selangor Kedah
AMIRUDIN Shari dan Muhammad Sanusi Md. Nor menyaksikan pemeteraian MOU bagi pembangunan pangkalan data pengurusan utiliti bagi Selangor dan Kedah, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kedah dan Selangor meterai kerjasama bagi pembangunan dan pengurusan pangkalan data utiliti untuk berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam pemajuan infrastruktur bagi kedua-dua negeri.

Negeri ini dikatakan bersedia berkongsi kepakaran dan pengalaman pengurusan utiliti dengan kedah berikutan terdapat lebih 24,000 jajaran paip dan kabel bawah tanah yang mengganggu sebarang bentuk pembangunan termasuk kemudahan awam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, negeri ini mengalami peningkatan pembangunan infrastruktur sehingga 10 kali ganda sekali gus memberi pengalaman kepada pengurusan utilitinya.

“Itu adalah pengalaman yang kita kumpul. Selangor bukanlah yang pertama atau satu-satunya, kalau kita di Perak sudah ada, di Johor, Melaka, Pahang juga ada, tetapi pengalaman di Selangor lebih kompleks sebab kita ada kawasan-kawasan yang tepu bina.

“Jadi, kalau kita ada kos utiliti yang ada selenggara dan pengurusannya, ia akan jadi nilai tambah, kalau tidak, beban kepada pengurusan utiliti itu ditanggung balik oleh negeri dan ia adalah satu caj yang saya rasa berpada dan berpatutan,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyaksikan tanda tangan Memorandum Persefahaman (MOU) antara Utiliti Infra Darul
Aman (UiDA) dan Koridor Utiliti Selangor (KUSEL).

MOU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif UiDA, Ahmad Taufik Radzi dan Pengarah Urusan KUSEL Khairul Azmi Misran.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi memaklumkan kerjasama itu penting untuk pembangunan infrastruktur di Kedah selain menjimatkan kos pembinaan serta memastikan projek-projek sedemikian siap mengikut waktu ditetapkan.

“Saya juga hendak kongsikan di Kedah, semasa kita buat drawing dibuat untuk buat kerja-kerja jalan dan penjajaran paip, masih ada jalan tetapi di tapak sebenar sudah masuk ke dalam sungai, rizabnya sudah masuk ke dalam sungai dan perusahaan sawah padi.

“Saya alami baru-baru ini dalam projek tebatan banjir, pembinaan jalan, penjajaran paip, bekalan air dan sebagainya semua hadapi benda yang sama projek jadi lambat. Lepas itu pembinaan jalan, projek tertangguh bertahun-tahun. Jadi, saya belajar daripada negeri yang paling ‘tough’ sekali, terima kasih Selangor,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya