Selangor anjur Hari Sukan Negara di Dataran Kemerdekaan Shah Alam - Utusan Malaysia

Selangor anjur Hari Sukan Negara di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Hari Sukan Negara
MOHD. Najwan Halimi menyertai indoor rowing challenge pada program Fit Malaysia sempena Hari Klang Tanpa Kenderaan di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lebih 3,000 dijangka sertai Hari Sukan Negara peringkat negeri ini dan daerah pada 12 Oktober depan yang akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Pemilihan lokasi tersebut berdasarkan kemudahan padang dan dataran yang terdapat di sana bersesuaian dengan penganjuran pelbagai aktiviti sukan bakal diadakan di sana.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd. Najwan Halimi berkata, sebelum ini program Fit Malaysia pernah dianjurkan di sana kali terakhir pada 2018.

“Ini pertama yang kita hendak buat Hari Sukan Negara untuk Selangor dan dalam masa sama kita buat juga bagi peringkat daerah, serentak.

“Seperti program Fit Malaysia, kita laksanakan sejak 2015 di peringkat Kementerian Belia dan Sukan dan ia diteruskan sehingga hari ini.

“Ia sebahagian daripada inisiatif Hari Sukan Negara yang akan disambut pada 12 Oktober nanti. Untuk Hari Sukan Negara peringkat Selangor akan dianjurkan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam,” katanya ketika ditemui pada program Fit Malaysia sempena Hari Klang Tanpa Kenderaan, hari ini.

Dalam program tersebut, beliau memaklumkan terdapat pelbagai aktiviti untuk semua lapisan masyarakat termasuk warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak dianjurkan seharian sehingga petang.

“Program hari ini alhamdulillah berjalan dengan baik, mungkin cuaca agak kurang mengizinkan dan hujan sebelah pagi, tetapi selepas reda kita teruskan dengan acara Fun Walk sejauh dua kilometer dan ada beberapa acara sampingan.

Ada pelbagai aktiviti turut melibatkan warga emas dan orang kurang upaya serta kanak-kanak. Berjalan seharian sehingga petang, sedikit sebanyak bukan sahaja menggalakkan masyarakat membudayakan sukan dalam kehidupan, tetapi juga untuk kita mempromosikan Bandar Raya Diraja Klang sebagai destinasi pelancongan di Selangor,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN