Seksi ke? - Elly Ariffin - Utusan Malaysia

Seksi ke? – Elly Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Seksi ke? Saya rasa macam okey sahaja.”

Demikian jawapan pengacara dan pelakon, Elly Ariffin apabila penampilannya dikatakan semakin seksi.

Jelas Elly, seksi itu bergantung kepada pandangan masing-masing dan dia sendiri tidak merasakan dirinya semakin seksi.

“Bagaimanapun, saya nak berterima kasih kepada mereka yang prihatin. Mereka yang berikan nasihat pun, saya sangat hargai.

“Cuma saya tak rasa saya seksi pun. Ia terpulang kepada individu yang menilai. Semua pendapat adalah subjektif,” katanya.

Elly ditemui ketika majlis pelancaran platform digital, Influenstar Asia Dot Com yang merupakan syarikat pengurusan pempengaruh tempatan baharu di bawah Jemz Group International Sdn Bhd (JEMZ Group)

Dalam majlis sama, Influenstar Asia Dot Com turut melancarkan pempengaruh maya pertama, Jazzmine yang bukan sahaja sebagai pempengaruh era digital tetapi sebagai penentu arah aliran industri media sosial era baharu.

Ditanya adakah dia menerima kecaman dan kritikan lantaran penampilannya yang dikatakan sekain seksi, bekas pengacara HLive ini mengakui apa sahaja hantaran yang dimuat naik, pasti ada respons positif serta negatif mengiringi.

“Apa sahaja yang kita kongsikan di laman sosial, pastinya ada teguran, sama ada negatif atau positif.

“Tetapi saya ambil semua komen sebagai pengajaran. Saya ambil perkara positif untuk kebaikan saya di masa akan datang,” kaongsinya.

Menjawab dakwaan dirinya berpenampilan seksi untuk ‘lepas geram’ semenjak kembali solo, pelakon drama bersiri Malang Si Puteri menjawab;

“Tidaklah. Pada saya, biasa je. Penampilan saya sama sahaja dulu dan sekarang.

“Mungkin juga sebelum ini, ramai orang tidak mengenali saya ketika saya bertugas sebagai wartawan dan pengacara.

“Tetapi bila saya semakin aktif dalam bidang lakonan, ramai semakin mengenali saya. Mungkin sebab itu mereka cakap saya seksi, sedangkan penampilan saya sama sahaja,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Elly dan pelawak Jiggy Masin pernah mendirikan rumah pada 9 September 2016, tetapi bercerai pada Januari 2020.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya