Sekolah luar bandar SK Yong Peng wira choral speaking

Sekolah luar bandar wira choral speaking

AKSI Putri Irdina selaku konduktor SK Yong Peng, Batu Pahat ketika membuat persembahan dan muncul juara kategori sekolah rendah .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Siapa sangka sekolah yang terletak di luar bandar SK Yong Peng muncul juara dalam pertandingan bicara berirama (choral speaking) Peringkat Negeri Johor baru-baru ini.

Kejuaraan SK Yong Peng, Batu Pahat merangkul juara seperti dalam filem Adiwiraku lakonan artis Sangeeta Krishnasamy sebagai Cikgu Cheryl yang mengajar Bahasa Inggeris.

Dalam filem tersebut Cikgu Cheryl lakonan Sangeeta berjaya membimbing murid SMK Pinang Tunggal di Kedah mara ke final dalam pertandingan choral speaking.

Walaupun tidak muncul juara, tetapi pelajar sekolah tersebut berjaya membuktikan mampu ke tahap tertinggi ke peringkat daerah bagi sekolah luar bandar yang rata-rata pelajarnya tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

Begitu juga dengan SK Yong Peng, walaupun 18 murid yang menyertai pertandingan tersebut tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris, tetapi usaha guru Nur Afiqah Zainal sebagai tenaga pengajar berjaya membawa perubahan yang besar kepada pasukan choral speaking sekolah tersebut.

 

Menurut guru Nur Afiqah, bagi mendidik murid berkenaan, ia memerlukan kecekalan dengan pelbagai perjuangan dan cabaran untuk memenangi gelaran.

“Kesemua 18 murid yang menyertai pertandingan ini tidak mahir berbahasa Inggeris, tetapi semangat jitu yang ditunjukkan oleh mereka amat tinggi, berdisiplin dan sanggup belajar.

“Pemilihan dibuat berdasarkan minat murid dalam bahasa Inggeris, dan latihan intensif dilakukan selama sebulan sebelum memasuki pertandingan peringkat daerah Batu Pahat,’’ katanya kepada Utusan Pelajar.

Nur Afiqah berkata, dia hampir tidak percaya, mereka berjaya mewakili Batu Pahat ke peringkat negeri dan seterusnya muncul juara buat pertama kali dalam sejarah bagi mewakili Johor ke peringkat kebangsaan.

 

 

 

“Apa yang membanggakan saya dan sekolah, adalah kejayaan SK Yong Peng berjaya mengalahkan sekolah bandar yang rata-rata mahir dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
“Tergamam apabila pengacara menggumumkan johan ialah SK Yong Peng,’’ jelasnya.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN