Sekolah agama dikaitkan Global Ikhwan di Negeri Sembilan diperiksa

Sekolah agama dikaitkan Global Ikhwan di Negeri Sembilan diperiksa

AMINUDDIN Harun (empat dari kiri) bergambar bersama para pengurus pasukan selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Sembilan ke Para Sukan Malaysia (SUKMA) 21 Sarawak 2024 di Seremban hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ada sekolah agama di negeri ini disyaki dikawal oleh Global Ikhwan Services Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) tidak berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak empat sekolah agama dan madrasah yang mempunyai kaitan dengan GISBH di beberapa daerah dilawati dan diperiksa oleh pasukan penguatkuasa JHEAINS.

Katanya, jabatan berkenaan masih meneruskan siasatan dan keputusan mengenainya akan dimaklumkan kelak.

“Di peringkat negeri ini, kerajaan melalui JHEAINS telah pun menyiasat semua sekolah dan madrasah termasuk dikawal GISBH sebelum isu berkaitan syarikat itu timbul.

“Kerajaan mengesyaki ada antara sekolah agama ini tidak berdaftar dengan JHEAINS,” katanya kepada para pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Sembilan ke Para Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas serbuan polis ke atas 20 rumah amal termasuk dua di negeri ini yang disyaki terlibat dengan pengabaian serta penganiayaan, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak berusia setahun sehingga 17 tahun.

Aminuddin memberitahu, kerajaan negeri memandang serius isu itu terutama pengajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

“Sebab itu kita wajibkan sekolah agama swasta berdaftar dengan JHEAINS bagi membolehkan kita memantau pengajaran di sekolah seperti itu,” ujarnya.

Menurutnya, JHEAINS belum memutuskan tindakan lanjut terhadap sekolah agama swasta yang tidak berdaftar sama ada perlu ditutup atau sebaliknya.

Bagaimanapun, tegasnya, nasib murid yang kini belajar di sekolah berkenaan akan terus dibela oleh kerajaan melalui institusi pendidikan arus perdana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya