Sayang tidak berkurang sedikit pun - Abby Abadi, Marissa bertemu semula - Utusan Malaysia

Sayang tidak berkurang sedikit pun – Abby Abadi, Marissa bertemu semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkongsian video pelakon, Abby Abadi, berjumpa dan memeluk anaknya, Marissa Dania, mengundang rasa sebak warganet.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, terkejut kerana tidak mengetahui bahawa Marissa turut hadir di majlis sambutan hari lahir anak bongsunya, Maria Danisha pada Ahad.

“Hajatnya mahu beri kejutan kepada Maria, tapi saya pula yang terkejut sebab ada Marissa. Abang, Danish Hakim juga yang ada di mana-mana,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Malah, pelakon Gerak Khas The Movie itu turut mengakui merindui Marissa selain menegaskan kasih sayangnya sebagai seorang ibu tidak akan berkurang walau apa yang berlaku antara mereka.

“Lama tidak jumpa anak saya seorang ini. Rindu sangat. Terima kasih datang semalam dan raikan baby (panggilan Maria).

“Datang selalu ya, sayang semua tidak berkurang walau sedikit pun. Nanti kita jalan-jalan dan bergembira lagi ya,” tambahnya.

Hantaran tersebut bagaimanapun mengundang respons yang pelbagai daripada warganet yang rata-ratanya turut terharu menonton video tersebut.

“Itulah ibu, sesakit manapun hati ditoreh tetap memaafkan anak. Sebab itu Allah cakap doa ibu itu mustajab. Sentiasa memaafkan dan menerima sebesar mana pun silap anak sudah lakukan,” tulis satu komen.

“Siapa lagi nangis, sila angkat tangan,” kata seorang peminat.

“Hebat hati seorang Abby. Kalau kena pada kita belum tentu hati ini mampu,” kata komen yang lain.

Terdahulu, Abby memaklumkan tidak mengetahui bahawa anaknya, Marissa, bersalin secara pra matang dan bayi tersebut meninggal dunia sejurus dilahirkan.

Susulan itu, Abby dilihat memuat naik kata-kata sedih sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa hubungan dia dan Marissa dalam keadaan dingin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya