Saya saksi kesedihan Fazura, hampir setiap malam dia menangis - pengurus - Utusan Malaysia

Saya saksi kesedihan Fazura, hampir setiap malam dia menangis – pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengurus Nur Fazura, Iman Tang mendedahkan emosi pelakon itu terjejas ekoran pergolakan yang menimpa rumah tangganya.

Iman yang ditemui pada sidang akhbar Konsert Govinda Hal hebat semalam memaklumkan, pelakon berusia 40 tahun itu terkesan dan gagal menahan sedih ketika meluahkan perkara itu menerusi perbualan telefon.

“Dia sedih dan hampir setiap malam menangis. Ada masanya, kami berborak sekitar awal pagi dan saya sendiri adalah saksi kesedihannya.

“Saya tahu dia kuat. Tapi dalam perbualan kami, dia menangis. Saya minta dia menangis sepuas-puasnya supaya dia tidak tertekan dan memendam perasaan,” katanya.

Sementara itu, Iman juga memaklumkan suami Fazura, Fattah Amin tidak pernah berkongsi atau meminta nasihat mengenai perkahwinannya.

“Dia ada menelefon saya tetapi hanya minta nasihat tentang kerja.

“Selepas permohonan cerai difailkan, Fattah tidak hubungi saya. Saya boleh bantu sekiranya dia bertanya,” jelasnya.

Terdahulu, Fattah enggan melepaskan Fazura ketika sebutan kes permohonan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, kelmarin.

Mahkamah susulan itu menangguhkan kes perceraian tersebut kepada 7 Oktober ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya