Saya ketua persatuan pekerja Malaysia - PM - Utusan Malaysia

Saya ketua persatuan pekerja Malaysia – PM

Pekerja
ANWAR Ibrahim berucap pada Majlis Pecah Tanah Westport 2 di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / FARIS RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Syarikat-syarikat swasta digesa tidak meminggirkan kebajikan pekerja termasuk memastikan kenaikan gaji seiring dengan peningkatan perolehan melalui produktiviti dicatat pada setiap tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan sesebuah syarikat itu bukanlah didukung oleh pengurusan semata-mata sebaliknya dilakukan secara bersama oleh para pekerja selari dengan peningkatan produktiviti.

Menurutnya, mengambil contoh di Pelabuhan Barat (Wesport), Pelabuhan Klang yang mencapai kejayaan melalui peningkatan produktiviti dalam tempoh 30 tahun turut disumbang oleh pekerja pelbagai peringkat.

“Kalau ekonomi baik. pelabuhan lebih cekap dan keupayaan meningkat, keuntungan lebih tinggi, saya kata kadar upah pun harus ditingkatkan. Kerana, kita ada produktiviti, kalau meningkat, upah setakat itu, naiklah sikit. Jadi naik itu harus, tetapi ikut keupayaan dan kadar supaya tak membebankan syarikat.

“Pelabuhan tak akan menjadi tanpa tenaga setiap orang, kerja yang baik, kerana Allah, dapat rezeki yang baik dan kalau betul rezeki kita meningkat, percayalah saya akan gesa semua syarikat yang catat keuntungan yang besar mesti jaga nasib pekerja mereka

“Saya bukan sahaja Perdana Menteri, tetapi ketua persatuan pekerja Malaysia,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra bersama Komuniti Westports dan Pelabuhan Klang, hari ini.

Tambahnya, secara relatif pekerja itu perlu diberi layanan yang baik kerana kenaikan gaji adalah penting jika memikirkan tanggungan pekerja, kemudahan kesihatan dan perumahan.

Justeru, gesa Anwar, syarikat yang berjaya mesti mengembalikan keuntungan itu juga kepada pekerja-pekerja selaras dengan konsep Madani yang mengetengahkan konsep ihsan dan sedar maju sebagai sebuah keluarga besar.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan akan menumpukan kepada masalah kenaikan harga barang dan mengurangkan beban rakyat dalam mendepani masalah tersebut pada pembentangan Belanjawan 2025, 18 Oktober ini.

“Kita lihat yang positif. Apa dia masalah, masalah kita adalah kos harga barang. Naik betul, ada masalah betul, sebab itu saya kata Belanjawan Madani bulan Oktober saya akan cuba kurangkan beban

“Saya bincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, masa itu bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dia tanya inflasi Malaysia berapa? Dijawab, dua peratus kadang-kadang tiga peratus. Dia kata betul, saya tanya Rusia berapa? Lapan peratus. Kawan saya di Turkiye, (Presiden Recep Tayyip Erdoğan) berapa inflasi, 40 peratus.

“Masih rakyat (Malaysia) terkesan dan semua negara-negara jiran itu tinggi berbanding kita, tetapi kita masih perlu ambil langkah untuk kurangkan. Cari jalan untuk buat, ada hal kita boleh kurangkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya