Saya juga manusia biasa, bukan robot – Fattah Amin - Utusan Malaysia

Saya juga manusia biasa, bukan robot – Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Gagal menyembunyikan riak wajahnya yang sugul, pelakon, Fattah Amin, mengakui ujian yang melanda rumah tangganya dengan Nur Fazura membuatkan dirinya dibelenggu kekusutan emosi. 

Menurut Fattah, dia juga manusia biasa dan tidak lari daripada perasaan sedih sekali gus memberi gambaran bahawa dia tidak menginginkan perceraian itu berlaku. 

“Saya juga ada perasaan, bukan robot,” katanya ringkas ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi semalam. 

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, turut menyerahkan kepada peguam, Zulkifli Che Yong untuk mewakilinya berbicara dengan pihak media sekali gus memperincikan kes sebutan permohonan cerai Fazura dalam kamar mahkamah. 

Bagaimanapun, Fattah sempat melayangkan kata terima kasih buat semua pihak yang telah mendoakan dirinya dan keluarga. 

“Tolong faham diri saya. Itu sahaja, terima kasih semua. Teruskan doa yang baik-baik,” ujarnya sebelum terus menuju ke kereta. 

Fattah yang mengenakan persalinan kemeja putih lengkap bersongkok, bergerak pulang be berapa minit selepas rombongan isterinya meninggalkan mahkamah. 

Pada masa sama, ditanya mengenai permohonan cerai difailkan Nur Fazura sehari sebelum ulang tahunnya, Fattah meminta persoalan tersebut ditanya kepada pihak lain. 

“Itu tak boleh tanya saya kenapa sehari sebelum,” katanya. 

Pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di mahkamah sama. 

Menerusi sebutan kes permohonan perceraian itu, mahkamah meminta pasangan selebriti terbabit menyelesaikan kon ik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan. 

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya