‘Saya berjaya tangkap orang yang nak tangkap saya’ - Ucapan Sanusi cetus persoalan ‘Saya berjaya tangkap orang yang nak tangkap saya’ - ucapan Sanusi cetus persoalan

‘Saya berjaya tangkap orang yang nak tangkap saya’ – Ucapan Sanusi cetus persoalan

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kiasan dibuat oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bahawa beliau sudah ‘memberkas’ orang yang mahu menangkapnya mengundang persoalan.

Muhammad Sanusi menyatakan perkara itu ketika memberi ucapan sempena Sidang Kemuncak State Government 4 (SG4) di Bangi, Selangor yang disiarkan secara langsung di media sosial hari ini.

Beliau pada masa itu sedang menyentuh tentang perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Kedah yang boleh menjadi sumber ekonomi baharu di samping sektor pertanian dan pelaburan di negeri itu.

“Kita di Kedah sedia berkongsi pengalaman dalam sektor industri, pertanian dan galian mineral kerana yang paling popular dalam galian REE ini adalah Kedah walaupun depositnya tak banyak macam Terengganu dan Kelantan.

“Tapi oleh kerana kita cakap (dedah) dulu kita kena, depa ni kaut untung sahaja, aku teruk. Hampir ditangkap, Alhamdulillah saya berjaya menangkap orang yang nak menangkap saya,” katanya sambil bertanyakan sama ada hadirin memahami apa yang diungkapnya.

Sebelum ini, tular dakwaan di media sosial bahawa Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu sudah berkahwin dua dengan seorang wanita yang bertugas sebagai pegawai polis.

Turut tersebar adalah gambar pegawai polis wanita berpangkat Deputi Superintenden itu yang didakwa sebagai isteri kedua kepada Muhammad Sanusi.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu memiliki seorang isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh dan perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Utusan Malaysia pernah mengirimkan mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada Muhammad Sanusi untuk bertanyakan kesahihan dakwaan itu atau sama ada beliau mahu membuat penafian.

Bagaimanapun, mesej pada 18 Ogos lalu itu tidak dibalas oleh Muhammad Sanusi termasuk tiada sidang akhbar bersama beliau dalam beberapa program di Kedah sejak kebelakangan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN