Saya aminkan sahaja, kalau tiada jodoh pun saya akan teruskan kehidupan - Adira Suhaimi - Utusan Malaysia

Saya aminkan sahaja, kalau tiada jodoh pun saya akan teruskan kehidupan – Adira Suhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Adira Suhaimi tidak menolak kemungkinan sekiranya dirinya kembali berjodohan dengan bekas suaminya, Datuk Red yang berhasrat untuk memperisterikannya semula selepas Aidilfitri depan.

Menurut Adira, dia hanya mampu mengharapkan doa yang baik-baik dan tetap akan menjalani kehidupan seperti biasa sekiranya keadaan menjadi sebaliknya.

“Kalau doa yang baik-baik ini, saya aminkan sahaja. Ada jodoh, insya-Allah. Kalau tiada jodoh pun, saya akan tetap teruskan kehidupan sebagai ibu tunggal,” katanya.

Ditanya sama ada dia pernah berasa sunyi selepas beberapa bulan bergelar ibu tunggal, Adira menyatakan kesibukkan kerja membuatkan dirinya enggan melayan perasaan sedemikian.

“Sebenarnya, mungkin sebab saya terlampau sibuk bekerja. Jadi, saya tidak sempat nak rasa benda-benda begitu.

“Kalau boleh diceritakan, saya jarang di rumah. Contohnya, saya keluar siang anak-anak masih tidur dan saya balik malam waktu anak-anak dah tidur.

“Kalau ada masa di rumah, saya tak nak layan perasaan macam itu. Kalau boleh saya nak layan benda-benda yang sihat sebab saya perlu bekerja,” jelasnya ketika ditemui di sidang media program realiti, The Chosen One di sini, semalam.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Lara Lagi turut menyifatkan bekas suaminya kini mempunyai sisi yang berbeza selepas tidak lagi bersama sejak April lalu.

“Saya boleh cakap, versi Datuk Red yang sekarang adalah yang paling terbaik. Insya-Allah, dan saya percaya dia masih nak belajar lagi. Dia lebih santai dan pandai bergurau,” katanya.

Sebelum ini, Datuk Red menyatakan hasratnya untuk kembali bernikah dengan penyanyi itu selepas raya tahun hadapan menerusi siaran langsung TikTok.

Adira dan Datuk Red pernah mendirikan rumah tangga pada 24 April berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya