SAR cari dua beradik dua tahun, bayi dua bulan dihanyut kepala air

SAR cari dua beradik dua tahun, bayi dua bulan dihanyut kepala air

PASUKAN bomba menjalankan operasi SAR mencari kanak-kanak dan bayi hilang akibat kejadian kepala air di Sungai Talangkai Karamatoi Ulu di Kampung Dalit Sook, Keningau pada Selasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua beradik termasuk bayi berusia dua bulan yang hilang dihanyutkan kepala air di Sungai Talangkai Karamatoi Ulu di Kampung Dalit, Sook memasuki hari ketiga, hari ini.

Kedua-dua mangsa dilaporkan hilang selepas kediaman mereka dihanyutkan kepala air dalam kejadian pukul 10.06 malam Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faisal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai tujuh mangsa hanyut dibawa arus ketika kediaman mereka dilanda kepala air pada pukul 5 petang Selasa.

Beliau berkata, lima mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala, dua mangsa iaitu kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan bayi lelaki berusia dua bulan hilang dibawa arus.

Pasukan Bomba dari BBP Keningau (Balai Bantuan) berada di lokasi untuk mengambil maklumat mangsa. Operasi mencari dan menyelamat dimulakan sejak pukul 3 pagi semalam.

“Operasi SAR dengan kaedah pencarian dipermukaan air dilakukan bersama agensi lain dan orang awam. Operasi SAR dilakukan pada radius satu kilometer dan turut dibantu oleh pasukan Unit K9 Bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, operasi SAR semalam ditangguhkan pada pukul 5.02 petang dan disambung semula pada pukul 5.40 pagi ini.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Tipah Ashrul berusia dua tahun dan adiknya Fadlie Ashrul yang berusia dua bulan.

Kata Faisal, tiada talian telefon dan litupan GIRN di lokasi kejadian.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya