Sanusi junjung kasih Sultan Selangor perkenan permohonan ampun

Sanusi junjung kasih Sultan Selangor perkenan permohonan ampun

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menjunjung kasih atas perkenan Sultan Selangor menerima permohonan ampunnya seperti dititahkan baginda semalam.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Selangor.

“Mudah-mudahan sifat pengampun dan kebaikan hati yang ada pada Tuanku Sultan akan membawa lebih banyak kebaikan serta menambahkan lagi daulat dalam pemerintahan serta menjadikan Selangor Darul Ehsan negeri yang diberkati serta dilimpahi rahmat oleh Allah SWT,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan itu, Muhammad Sanusi turut mendoakan agar Sultan Sharafuddin dipanjangkan usia serta berada dalam keadaan sihat walafiat untuk terus melaksanakan tanggungjawab memerintah penuh adil dan cemerlang.

Semalam, Sultan Selangor berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Muhammad Sanusi yang dikatakan dibuat atas nama ukhuwah sesama Islam dan bangsa Melayu.

Baginda dalam utusannya kepada Muhammad Sanusi menasihati Muhammad Sanusi agar sentiasa menjaga tutur kata serta tatasusila dan jangan terlalu beremosi dan menggunakan perkataan-perkataan yang tidak baik dalam syarahan kepada rakyat jelata terutama di Selangor.

“Beta tidak mahu umat Islam sentiasa bermusuhan antara satu sama lain dan kita sesama umat Islam hendaklah sentiasa memaafkan sekiranya yang memohon maaf itu ikhlas di dalam permohonan maafnya.

“Beta tidak mahu rakyat khususnya di Negeri Selangor terpengaruh dan terbiasa mendengar kata-kata yang kesat dan tohmahan yang tidak berasas terutama sekali daripada golongan pemimpin,” titah Sultan Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya