Sambung pengajian peringkat tinggi ketika umur 52 tahun

Sambung belajar peringkat tinggi ketika umur 52 tahun

CHOO Siew Joon (tengah) diapit dua anaknya ketika majlis Konvensyen Kolej Komuniti Negeri Selangor 2024, di Shah Alam, baru-baru ini. – utusan/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hidup dalam keluarga susah menyebabkan Choo Siew Joon, 54, lewat menyambung pengajiannya di peringkat yang lebih tinggi.

Kata penerima Anugerah Usahawan pada Majlis Konvensyen Kolej Komuniti Negeri Selangor 2024, dia mulai menyambung pengajiannya dalam program Sijil Perkhidmatan Logistik (SLK) di Kolej

Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang (KKKLCS) pada 2022, iaitu ketika usianya 52 tahun.

“Daripada dahulu mahu belajar tapi tidak cukup duit. Jadi, saya ada Konvensyen Kolej Komuniti Negeri Selangor 2024, buat kerja jual botol plastik, buah-buahan dan menjadi pemandu e-hailing bagi mengumpul duit untuk menyertai SLK.

“Yuran pengajian untuk program ini adalah RM200 bagi satu semester. Jadi, mampu membayar yuran ini dengan menggunakan duit sendiri,” katanya ketika ditemui dalam majlis itu di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di sini, baru-baru ini.

Pada mulanya, ibu Siew Joon, Tan Ah Wa 86, membantah keputusannya untuk kembali belajar, namun Siew Joon menegaskan bahawa ilmu sangat penting meskipun usianya sudah lanjut dan pengajiannya kerana program SLK melibatkan pelbagai perisian.

“Tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran, saya banyak bertanya kepada pensyarah semasa sesi pengajian dan bersyukur kerana pensyarah membantu dan menyokong saya, “ ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN