Sam Bunkface elak kongsi gambar anak - Utusan Malaysia

Sam Bunkface elak kongsi gambar anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sam Bunkface, mengelak memuat naik gambar anak, Maleeq, di media sosial.

Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharom, 37, mengambil tindakan itu sebagai langkah keselamatan di samping menjaga privasi keluarga.

“Bagi saya, benda itu patut dibendung dan dalam Islam pun, kita diajar untuk mencegah.

“Ada benda yang perlu dan tak perlu dilakukan contohnya, muat naik hantaran di media sosial. Sebab itu, kita kena mencari ilmu dan terus belajar,” katanya.

Sam berkata demikian bagi mengulas mengenai ancaman jenayah pedofilia yang hangat dibincangkan sejak minggu lalu.

Semakin meningkat usia, penyanyi Revolusi itu merasakan dirinya lebih tenang tidak berkongsi terlalu banyak perkara di Instagram.

“Itu lebih menjamin kebahagiaan dalam kehidupan. Mudah sahaja. Saya tak boleh menghakimi orang lain punya cara.

“Saya memang bukan macam orang lain (muat naik ganbar di Instagram). Saya lebih banyak menjaga privasi kehidupan saya dan itu membuatkan saya rasa bahagia.

“Bila kita jaga privasi, tak ada orang peduli, atau bertanya. Apalagi membuka aib kita. Semakin meningkat usia, mestilah kita akan makin faham dan peka,” katanya.

Sam ditemui di sidang media Konsert Bunkface di Dewan Filharmonik Petronas. Konsert itu akan berlangsung pada 28 September 2024.

Bunkface yang sebelum ini pernah berada di pentas pada 2014 akan mempersembahkan hampir 20 lagu popular mereka daripada lima album studio. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN