Salah guna kuasa, rasuah sektor pembinaan fokus SPRM

Salah guna kuasa, rasuah sektor pembinaan fokus SPRM

Tan Sri Azam Baki ketika berucap pada Persidangan Penyelidikan Governan, Integriti dan Anti Rasuah peringkat kebangsaan kali-3 di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Kelemahan tata kelola, salah guna kuasa dan rasuah dalam sektor pembinaan di negara ini dilihat semakin serius dan membimbangkan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ketirisan dikenal pasti berlaku di dalam projek-projek pembinaan jalan, bangunan serta kenaikan harga kos dalam kontrak kerajaan.

Menurut beliau, SPRM kini memberi tumpuan memerangi isu rasuah, kelemahan tata kelola serta salah guna kuasa dalam sektor pembinaan.

“Tumpuan SPRM berhubung isu ketirisan dalam sektor pembinaan adalah membabitkan kontrak-kontrak kerajaan dengan syarikat pembinaan di peringkat negeri dan persekutuan.

“Ya memang sektor pembinaan salah satu sektor di bawah pemerhatian kami dan kami tumpukan kontrak-kontrak yang mana melibatkan kerajaan sahaja. Kita lihat memang banyak berlaku ketirisan,” katanya dalam sidang akhbar pada Persidangan Penyelidikan Governan, Integriti dan Anti Rasuah peringkat kebangsaan kali-3 di sini hari ini.

Sementara itu, Azam ketika berucap berkata, sebanyak USD5 trilion setahun nilai ketirisan dijangka disumbangkan oleh sektor pembinaan menjelang 2030.

Jumlah ketirisan itu dikenal pasti sekiranya tiada langkah berkesan diambil bagi menangani rasuah dalam sektor itu dari sekarang.

Perkara itu dilaporkan oleh Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS), sebuah badan profesional dunia yang menetapkan piawaian dan kualiti bagi hartanah, infrastruktur dan pembinaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, menerusi mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) telah bersetuju dengan cadangan menggalakkan semua syarikat gred G7 untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 37001 AntiBribery Management System (ABMS).

Azam berkata, sekiranya MS ISO 37001 ABMS tidak diperoleh, syarikat berkenaan berkemungkinan tidak boleh menyertai tender dibawah Kementerian Kewangan.

“Ini menunjukkan kesungguhan pihak syarikat dalam sektor pembinaan supaya mempunyai pemahaman tentang pembanterasan rasuah,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya