Russia kagum usaha kemampanan Kuala Lumpur

Russia kagum usaha kemampanan Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Luar Russia menzahirkan rasa kagum dengan usaha yang dijalankan berkaitan kemampanan bandar Kuala Lumpur. 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara itu dizahirkan oleh Timbalan Menteri Luar Russia, Sergey Vershinin dalam satu mesyuarat dua hala bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd. Sharif ketika menghadiri forum BRICS Urban Future di Moscow. 

“Dalam mesyuarat tersebut, Timbalan Menteri Luar Russia telah menzahirkan rasa kekaguman beliau kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur atas usaha-usaha yang telah dijalankan terutama dalam bidang kemampanan bandar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN