Ruslin dilantik Ketua Pengarah AADK baharu, Zakaria terajui Jabatan Imigresen

Ruslin dilantik Ketua Pengarah AADK baharu, Zakaria terajui Jabatan Imigresen

RUSLIN JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh kini dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah AADK yang ke-13 adalah bagi mengisi kekosongan jawatan itu sejak 26 April lalu bagi menggantikan Sutekno Ahmad Belon yang bertukar ke Kementerian Sumber Manusia sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi).

Unit Media dan Komunikasi Korporat AADK salam satu kenyataan berkata, Ruslin yang berpengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995.

Beliau juga pernah memegang jawatan utama antaranya Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

“Sehubungan itu, AADK merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Ruslin atas pelantikan ini.

“AADK turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sutekno atas khidmat beliau,”kata kenyataan itu.

Sementara itu, tempat Ruslin akan diganti oleh Datuk Zakaria Shaaban sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia baharu.

Zakaria merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum ini.

Perkara itu disahkan Jabatan Imigresen Malaysia menerusi hantaran di Facebook rasmi mereka atas pelantikan Zakaria sebagai Ketua Pengarah Imigresen.

“Kami warga Jabatan Imigresen Malaysia mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas dengan jayanya,” jelas kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya