Runtuhan tebing sungai di Taman Mas, Puchong - Utusan Malaysia

Runtuhan tebing sungai di Taman Mas, Puchong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG : Runtuhan tebing sungai menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air berhampiran Idaman BSP Taman Mas, Puchong, di sini, petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pasa 4.14 petang.

Katanya, ketika sampai di lokasi dapati terdapat runtuhan tebing sungai telah menenggelamkan kawasan pembinaan itu sedalam 19 meter.

“Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini.

“Anggota bomba telah membuat pemantauan dan memaklumkan kepada pihak pengurusan pembinaan bagi memberhentikan sementara kerja-kerja pembinaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak pengurusan projek itu juga diminta menghubungi pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan kawasan runtuhan selamat bagi meneruskan kerja pembinaan.

Kata beliau, operasi tamat sepenuhnya pada pada 6.10 petang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN