Rumah terbakar, lelaki warga Indonesia melecur 80 peratus Rumah terbakar, lelaki warga Indonesia melecur 80 peratus

Rumah terbakar, lelaki warga Indonesia melecur 80 peratus

MANGSA melecur 80 peratus pada bahagian badan selepas rumah didiaminya terbakar di Jalan 2A/5, Bandar Baru Selayang, Fasa 2A, Batu Caves, Selayang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki melecur 80 peratus pada bahagian badan selepas rumah didiaminya terbakar di Jalan 2A/5, Bandar Baru Selayang, Fasa 2A, Batu Caves, Selayang, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 11.32 pagi.

“Sebuah bilik di tingkat tiga sebuah pangsapuri terbabit terbakar kira-kira 80 peratus.

“Dalam insiden ini, seorang lelaki warga Indonesia berusia 40-an melecur pada bahagian badan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN